Fail percubaan yang ada link
Thursday, March 12, 2009
Pembelajaran Sepanjang Kursus
Hari ini hari ke-3 Kursus Radio Interaktif yang saya ikuti. Banyak yang telah dipelajari dan ia amat berfaedah dan seronok diterokai. En Azli Paat (pengajar) yang memiliki pengetahuan dan kemahiran meluas mengenai Dunia ICT sememangnya layak mengajar peserta. Secara ringkasnya, saya kini mengetahui kelebihan menggunakan gmail dan fungsi blog selain faedah tambahan yang diperoleh jika bijak menggunakan kemudahan teknologi. Seperti menghantar emel atau mengemaskini blog menerusi telefon bimbit SECARA PERCUMA. Ilmu pengetahuan dan kemahiran ini akan saya kongsikan dengan anda yang melayari blog ini, juga SECARA PERCUMA kerana anda layak dan wajar memilikinya. Jangan lupa hantarkan komen anda. Terima kasih.
Wednesday, March 11, 2009
Mengemaskini laman blog
Laman blog perlu dikemaskinikan sentiasa. Jika tidak dikemaskinikan dalam jangka masa yang lama, jumlah pengunjung pasti akan berkurangan. Maklumat di dalam laman blog bukan sahaja perlu dikemaskinikan sentiasa, tetapi perlu dikemaskinikan sebaik sahaja sesuatu peristiwa itu berlaku.
Blog Yang Lebih Sistematik
Salam.
Hari kedua dalam Kursus Radio Interaktif, saya mempelajari cara mewujudkan blog yang lebih sistematik. Terima kasih kepada tenaga pengajar, Azli The Blogger!
Hari kedua dalam Kursus Radio Interaktif, saya mempelajari cara mewujudkan blog yang lebih sistematik. Terima kasih kepada tenaga pengajar, Azli The Blogger!
Pengenalan kepada Konsep Laman Blog
Laman Blog merupakan kemudahan yang membolehkan maklumat dikongsi dengan cara yang lebih mudah.
Perbezaan di antara laman blog dan laman web adalah :
1. Laman blog mempunyai mekanisme yang akan menyusun maklumat yang dikemaskini secara automatik
2. Laman blog merupakan kandungan yang mencerminkan pandangan peribadi, dan laman web merupakan pandangan dari sudut organisasi.
Walaupun berbeza laman blog dan laman web saling menyokong di antara satu sama lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)