Thursday, March 12, 2009
Pembelajaran Sepanjang Kursus
Hari ini hari ke-3 Kursus Radio Interaktif yang saya ikuti. Banyak yang telah dipelajari dan ia amat berfaedah dan seronok diterokai. En Azli Paat (pengajar) yang memiliki pengetahuan dan kemahiran meluas mengenai Dunia ICT sememangnya layak mengajar peserta. Secara ringkasnya, saya kini mengetahui kelebihan menggunakan gmail dan fungsi blog selain faedah tambahan yang diperoleh jika bijak menggunakan kemudahan teknologi. Seperti menghantar emel atau mengemaskini blog menerusi telefon bimbit SECARA PERCUMA. Ilmu pengetahuan dan kemahiran ini akan saya kongsikan dengan anda yang melayari blog ini, juga SECARA PERCUMA kerana anda layak dan wajar memilikinya. Jangan lupa hantarkan komen anda. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment